Jumaat, 29 Julai 2011

Fi'il Madhi

Di dalam Bahasa Arab, al-Fi'il / Kata Kerja / Verb di samping ia menunjukkan makna perbuatan, ia juga mengandungi makna Zaman atau masa / tense secara gramatical. Hal itu berbeza dengan Bahasa Melayu kita yang Kata Kerjanya tidak menunjukkan masa secara gramatical, tetapi dengan laxical, iaitu dengan menambah kalimat  masa secara bersendirian, seperti: setelah/sesudah, sedang dan akan.

Tanda-tanda Huruf

حروف المعاني Huruf-huruf yang mempunyai makna.

Huruf yang dimaksud di sini bukanlah huruf hijaiyah atau the alphabet (ejaan alif ba ta dll), tetapi ia adalah suatu kalimat yang mempunyai makna  jika diiringi dengan Isim atau Fi'il, dan  ia mempunyai fungsi tersendiri  di dalam pembinaan ayat.

Isnin, 25 Julai 2011

Tanda-tanda Fi'il / Kata Kerja / Verb

Di dalam bahasa arab kalimat Fi'il / Kata kerja dapat dibezakan dengan Isim dan Harf dengan beberapa tanda :

1- تاء الفاعل  (huruf  TA yg terdapat di hujung Fi'il Madhi / Past Tense) iaitu huruf (Ta) yang berfungsi sebagai Fa'il / Actor / Pelaku dalam tasrif Fi'il Madhi.

Seperti :  فعلـــتُ  فعلـــتَ فعلـــتِ فعلـــتُما فعلـــتُم فعلـــتُنّ .

Ahad, 24 Julai 2011

Tanda-tanda Isim / Pronoun

Di dalam kalimat arab, Isim mempunyai tanda tertentu bagi membezakannya dengan kalimat lain seperti fi'il dan harf  / conjunction, maksudnya, jika ada kalimat yang memiliki tanda-tanda tertentu tersebut maka sudah pasti kalimat itu adalah isim, bukan fi'il ataupun harf (huruf). Nah, dalam huraian berikut ini mari kita pelajari tanda-tanda tersebut :

Ahad, 17 Julai 2011

Al-'Adad wa Al-Ma'adud


Formula Pelik :
'Adad 3 s/d 10 Tiga Sepuluh berlawanan dengan ma'adud yang جـِ  / jamak majrur (Ji Wan Ga luh)
'Adad 11 s/d 99 Sebelas Sembilan sembilan ma'adud mestilah مَ / mufrad mansub (Ma Las Lala)
'Adad 100 dan 1000 Seratus dan Seribu  ma'adud mestilah مِ / mufrad majrur (Mi Tus Bu)
 

Rabu, 13 Julai 2011

Al-Kalimat Dan Bahagiannya

Al-Kalimat Al-‘Arabiyah / Kalimat Dalam Bahasa Arab
Sebelum membina Al-Kalam / Ayat Lengkap, terlebih dahulu kita mestilah mengetahui hal ehwal kalimat, sebab dengan kalimat-kalimat ini kita dapat membina dan menyusun ayat yang sempurna.
Al-Kalimat ialah suatu lafaz yang memberi makna tertentu bagi setiap satu perkataan.

Kalimat dalam bahasa Arab ada tiga bahagian :
1-      Ism  / Pronoun
2-      Fi’il / Verb
3-      Harf / Conjunction

Sabtu, 9 Julai 2011

Al-Kalam

Al-Kalam / Al-Jumlah / Ayat lengkap ialah merupakan suatu hubungan pengkhabaran/pemberitaan yang menjadi unit bahasa yang bermakna/berfaedah.

Pada asasnya Al-Kalam terdiri daripada Al-'Umdah (العمدة) atau rukun ayat yang tersusun daripada Al-Musnad dan Al-Musnad Ilaih (المسند  و المسند إليه) atau (Subjek dan Predikat).

Namun demikian Al-Kalam juga memerlukan unit lain sebagai pelengkap, dan unit ini dinamakan Al-Fadhlah (الفضلة).

Rabu, 6 Julai 2011

Idhafah

Al-Idhafah  (   الإضافة  )
Al-Idhafah ialah “Suatu proses penyambungan / penggabungan satu Ism (isim) kpd Ism yg lain”
Ism pertama ialah Mudhaf (kalimat ism yang disambung), dan Ism kedua ialah Mudhaf Ilaih (kalimat ism yang disambung kepadanya kalimat ism pertama)
Al-Idhafah ada 2 bahagian iaitu :
1-      Al-Idhafah Al-Ma'nawiyah ( الإضافة المعنوية )
2-      Al-Idhafah Al-Lafziyah (  الإضافة اللفظية  )

Isnin, 4 Julai 2011

Sebab Kemunculan Ilmu Nahu

Setelah Islam tersebar ke merata dunia dan meluasnya kekuasaan kerajaan Islam, ramailah pemeluknya dari kalangan orang yang bukan arab,  sehingga penggunaan bahasa arabpun semakin meluas di kalangan masyarakat, yang merupakan punca kesalahan dalam bahasa.
Hal demikian memaksa para ulamak zaman itu mencipta kaedah-kaedah bahasa untuk membendung kesalahan yang sangat menonjol, lebih-lebih lagi dalam hal-hal yang berkaitan dengan Al-Quran dan ilmu-ilmu Islam yang lain.

Ahad, 3 Julai 2011

Asal Kata Nahu

Nahu ditinjau dari sudut bahasa Arab bermakna:
1.Tujuan/maksud. 2.Seperti/serupa.

Ilmu ini dinamakan dengan Ilmu Nahu kerana tujuan orang yang bercakap dengan Nahu ialah hendak bercakap seperti orang Arab.

Adapun dari sudut istilah Ulama Bahasa Arab, "Nahu ialah suatu disiplin ilmu yang membincangkan keadaan (baris akhir) setiap kalimat dari segi i'erab (perubahan) atau bina' (tanpa perubahan), dan membincangkan kedudukan (mauqi'e i'erab) setiap kalimat", dan oleh sebab itu Ilmu Nahu juga dinamakan Ilmu I'erab.