Ahad, 17 Julai 2011

Al-'Adad wa Al-Ma'adud


Formula Pelik :
'Adad 3 s/d 10 Tiga Sepuluh berlawanan dengan ma'adud yang جـِ  / jamak majrur (Ji Wan Ga luh)
'Adad 11 s/d 99 Sebelas Sembilan sembilan ma'adud mestilah مَ / mufrad mansub (Ma Las Lala)
'Adad 100 dan 1000 Seratus dan Seribu  ma'adud mestilah مِ / mufrad majrur (Mi Tus Bu)
 
Penjelasan :
Al-'Adad ialah bilangan.
Al-Ma'adud ialah benda yang dibilang.

 
Pertama:

Al-'Adad  (1 dan 2)
Kedua-dua ‘adad ini mesti sama dengan ma’adud dari segi muzakkar/lelaki dan muannas/perempuan, diletakkan selepas ma’adud sebagai sifat yang mengikut ma’adudnya dari segi i’erab, berbeza dengan ‘Adad yang lain.
Contoh:
            i)    1 orang (lk) telah datang (جاء رجلٌ واحدٌ  ),
            ii)   1 orang (pr) telah datang ( جاءت امرأةٌ واحدةٌ )
            iii)  2 orang (lk) telah datang ( جاء رجلان اثنان ),
            iv)  2 orang (pr) telah datang ( جاءت امرأتان اثنتان)
 

Kedua:

Al-'Adad Al-Mudhaf (3,4,5,6,7,8,9 dan 10)

1. ‘Adad ini hanya mudhaf kepada Ma’dud yang jamak sahaja
2. 'Adad ini mesti berlawanan dgn ma'dud dari segi muzakkar dan muannas.
   Membuat ma’dud menjadi muannas ialah dengan menambah Ta Marbutah (ـة) di      
    belakang ‘Adad.

3. 'Adad ini dinamakan Mudhaf, dan Ma'dud adalah Mudhaf ilaih yg mesti majrur



 Kesimpulan mudah:
‘Adad Mudhaf adalah : Ga – Luh Wan JI
       1-   Ga – Luh = Tiga s/d Sepuluh
       2-   Wan        =  Berlawanan dengan Ma’dud
      3-   Ji                 =  Ma’dud mestilah جـِ  (Jim baris bawah) iaitu
            جـِ           =  J  kod untuk jamak,  
           Baris bawah = kod untuk majrur
     Contoh : 3 anak (lk) = Salasatu Awladin (ثلاثة أولاد  )
                    3 anak (pr) = Salasu  Banatin ( ثلاث بنات )
Yang ingin mencuba, sila jawab latihan berikut di FB Group Jom Nahu:

i-  Telah berjaya 4 pelajar (lk) (
طالب) dan 6 pelajar (pr) (طالبة).
ii-  Saya telah membaca 5 majalah (مجلة) dan 7 buku (كتاب) semalam
iii- Pelajar (lk) membeli 8 epal (تفاحة) dan 10 pisang(موز)

Ketiga

Al-‘Adad Al-Mudhaf (100 dan 1000)

1. ’Adad ini hanya mudhaf kepada mufrad.
2. Ma’dud mesti
مِ  (Huruf Mim baris bawah)
                   = Mufrad,
    Baris bawah = majrur, (kerana dii’irab sebagai Mudhaf ilaih).
3. Lafaz ‘Adad ini hanya satu, iaitu untuk muzakkar dan muannas dengan lafaz yang sama.

Kesimpulan mudah:
‘Adad 100 – 1000 ialah : (MI – Tus Bu)
Iaitu Ma'dud mesti مـِ (mufrad majrur), jika 'Adad seratus (Tus) dan seribu (Bu)



Contoh :
100 anak (lk)   = Miatu Waladin (مائة ولدٍ  ),
1000 anak (pr).= Alfu Bintin (ألف بنت  )

Sila jawab latihan berikut di FB:

i)   100 pelajar (lk) dan 1000 pelajar (pr).
ii)  100 unta (
إبل)  dan 1000 kambing (غنم).

Keempat:

Al’Adad Al-Murakkab (11 – 19)

A. Khas untuk ‘adad (11 dan 12)
     Satu + Belas dan Dua + Belas .
     Satu dan Dua disebut Al-Sadr
( الصدر ),
     Belas disebut Al-‘Ajaz (العجز  ).

     1. Hukum Al-Sadr dan Al-‘Ajaz :

        a.Dii’erab sebagai Mabni ‘Ala Fathi Al-Juz’ai
n
iaitu kekal berbaris fathah pada
           kedua-dua akhir Al-Sadr dan Al-‘Ajaz, seperti :
           Ahada ‘Asyara (أحدَ عشرَ ) iaitu 11 untuk bilangan lelaki, dan
           Ihda Asyarata  (إحدى عشرة  )  iaitu 11 untuk bilangan perempuan, maksud mabni            
           ialah (tidak boleh Ahadu ‘Asyaru atau Ahadi ‘Asyari)

        
         b.Dari segi (Tazkir dan Taknis), ‘Adad mesti sama dengan Ma’dud, iaitu jka ma’adud   
            muzakkar, maka a’dad mesti muzakkar, jika ma’adud muannas, maka ‘adad mesti   
            muannas juga.

      

2. Hukum Al-Ma’dud wajib MA  (مَ  )
           Iaitu Huruf Mim berbaris atas.
          M = huruf Mim kod bagi Mufrad, dan
           A (baris atas) kod bagi Mansub.

           Contoh :
           Ahada ‘Asyara يقرأ أحدَ عشرَ طالبا  (11 org pelajar (lk) sedang membaca)
           Ihda ‘Asyarata جاءت إحدى عشرة طالبة (11 org pelajar (pr) telah datang)
           begitu juga bilangan 12يقرأ اثنا عشرَ طالبا  dan جاءت اثنتا عشرة طالبة

           Ahada ‘Asyara Thaliban dan Ihda ‘Asyarata Thalibatan.


 B. Tiga + Belas hingga Sembilan + Belas(13 s/d 19):

      1. Hukum Al-Sadr dan Al-‘Ajaz :

          a. Dii’erab sebagai Mabni ‘Ala Fathi Al-Juzain iaitu berbaris fathah pada kedua-dua         
              akhir Al-Sadr dan Al-‘Ajaz, seperti :
              Salasata ‘Asyara ( ثلاثة عشر رجلا )dan Salasa Asyarata ( ثلاث عشرة امرأة ) (tidak  boleh Salasatu ‘Asyaru atau Salasu ‘Asyaratu)

          b. Dari segi Tazkir dan Taknis:
              b.(i)  Al-‘Sadr (3 s/d 9) mesti berlawanan dengan Al-Ma’dud, sama seperti Al-‘Adad      
                       Al- Mudhaf di atas.

              b.(ii) Al-‘Ajaz “
عشر dan  عشرة
(belas) mesti bersamaan dengan Al-Ma’dud.

      2. Hukum Al-Ma’dud:

          Al-Ma’dud mesti MA (
مَ  ) iaitu Huruf Mim berbaris atas, (Mufrad Mansub)
          M = huruf Mim kod bagi Mufrad, dan A = baris atas kod bagi Mansub)


          Contoh :
                      i)    أربعةَ عشرَ طالبا و سبعَ عشرةَ طالبة
                      ii)    خمسة عشر كتابا وسبعَ عشرةَ مجلةً
  
     Latihan untuk dibincang di FB Jom Nahu:
            i) 12 orang muslim (lk) (مسلم   ) 15 pensyarah (pr) (محاضِرة  )
            ii)13 guru (lk) (مدرس  ) 4 bilik (غرفة  )

Kelima :

Al-‘Adad Al-‘Uqud (20, 30, 40, 50, 60,70, 80 dan 90)

‘Adad ini adalah tetap, iaitu tidak berubah  dengan perubahan ma’adud muzakkar atau muannas, hukumnya sama seperti hukum jama’ muzakkar salim, marfu’ dengan waw (و ) dan mansub atau majrur dengan ya’ (  ي ).

Ma’adud ‘Adad ini ialah (MA) sama seperti ‘Adad Murakkab di atas.
Contoh :
هؤلاء خمسون طالبا وخمسون طالبةً
استقبلت خمسين ضيفا وخمسين ضيفةً

Keenam:

Al-‘Adad Al-Ma’athuf (21 s/d 99)
“Adad ini dikatakan ‘adad ma’athuf kerana menggunakan huruf ‘Ataf (و ) yang berarti (dan) di antara bilangan (sa) dan bilangan (puluh)
Cara menyebut ‘adad ini ialah dengan mendahulukan yang kecil kemudian yang besar, seperti : 21 (واحد وعشرون ) , 22 ( اثنان وعشرون ),  23 (ثلاثة وثلاثون طالبا  ) dan
(ثلاثً وثلاثون طالبةً  )  

Khas untuk 21 dan 22 :
‘Adad dan Ma’adud mestilah sama dari segi muzakkar dan muannas
Contoh :
                        i)             وصل واحد وثلاثون طالبا
                        ii)            وصلت واحدة وثلاثون طالبةً
                        iii)          قرأت اثنين وثلاثين كتابا
                        iv)          قرأت اثنتين وثلاثين مجلةً

Adapun ‘adad 23 s/d 99 , maka bilangan (sa) mestilah berlawanan dengan ma’adud dari segi muzakkar dan muannas, seperti ‘Adad Murakkab yang lalu.
Contoh :
                         i)             وصل ثلاثةٌ وثلاثون طالبا
                        ii)            وصلت ثلاثٌ وثلاثون طالبةً

Latihan untuk dijawab di FB:
     1-   Di maahad kami ada 25 guru (lk) dan 24 guru (pr)
     2-   Sekolah saya ada 76 murid (lk) dan 98 murid (pr)
     3-   Ahmad membeli 21 pen dan 22 buku tulis

Tiada ulasan: