Isnin, 4 Julai 2011

Sebab Kemunculan Ilmu Nahu

Setelah Islam tersebar ke merata dunia dan meluasnya kekuasaan kerajaan Islam, ramailah pemeluknya dari kalangan orang yang bukan arab,  sehingga penggunaan bahasa arabpun semakin meluas di kalangan masyarakat, yang merupakan punca kesalahan dalam bahasa.
Hal demikian memaksa para ulamak zaman itu mencipta kaedah-kaedah bahasa untuk membendung kesalahan yang sangat menonjol, lebih-lebih lagi dalam hal-hal yang berkaitan dengan Al-Quran dan ilmu-ilmu Islam yang lain.
Telah dicatatkan bahawa di antara pakar-pakar Nahu pada masa itu adalah Abdullah bin Ishaq (wafat 730 M), Abu Al-Aswad Al-Du’ali (wafat 688 M), Al-Farahidi (wafat 791 M) dan Sibawaihi (wafat796 M)
Tidak ada kata yang pasti tentang sebab musabab yang membawa kepada pemikiran untuk mencipta ilmu Nahu ini. Namun demikian ada kisah yang masyhur didengar bahawa Abu Al-Aswad Al-Du’ali lalu di hadapan seorang lelaki yang sedang membaca Al-quran, surah At-Taubah : 3  ((إن الله بريء من المشركين ورسوله)) dengan membarisbawah huruf “ra” pada kalimat (رسوله) iaitu Rasulihi, sebagai Ma'athuf /digabung kepada kalimat (المشركين) yang sepatutnya dibaca dengan dhammah (Rasuluhu) sebagai mubtada’ / subjek daripada ayat yang tidak disebutkan iaitu (ورسوله كذلك بريءٌ) yang bermakna “Sesungguhnya Allah berlepas diri (tidak bertanggung jawab) terhadap orang musyrikin, dan Rasul-Nya )juga tidak bertanggung jawab(, tetapi jika dibaca (wa Rasulihi) maka maknanya ialah “Sesungguhnya Allah berlepas diri (tidak bertanggung jawab) terhadap orang musyrikin dan Rasul-Nya” .

Abu Al-Aswad Al-Du’ali terus bergegas menghadap Sayyidina ‘Ali  r.a seraya mangatakan bahawa bahasa Arab dalam keadaan bahaya, Sayyidina ‘Ali pun mengambil sekeping kertas dan menulis di atasnya “Bismillah Al-Rahman Al-Rahim, ayat lengkap itu terdiri dari isim, fi’il dan huruf. Isim ialah yang bermaksud kata nama, fi’il bermaksud pergerakan yang punya nama, sedangkan huruf ialah tidak memberi makna isim dan tidak pula makna fi’il", kemudian Sayyidina 'Ali berkata kepada Abu Al-Aswad Al-Du’ali: " (انح هذا النحو ) yakni: “Tuju/buatlah seperti ini” maka bermulalah di sini Ilmu Nahu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setahu saya ada lagi satu kisah tentang abu aswad ini iaitu bersama ank perempuannya....ank prmpuannya sdg mmndg lgit lalu berkata... maaa ajmalu annjm... lalu abu aswad jawab ... bintang kejora.... lalu ank nya jawab blik.. sye x tny ayh pon bintg mner cntik ... tpi sye nk ckp bintang dilangit itu cntk... lalu abu aswad pon jwb.. bkn bgitu cre mngatakannya... tetapi bgini ... ma ajmala annjm...lalu tbuke lah hati die untk mmbuat ilmu nahu.... x bgitu ustaz?????

Jom Nahu berkata...

ye betul, sbb jk dikatakan "ma Ajmalu an-nujumi" ayat itu utk bertanya, maknanya "bintang mana yg paling cantik?" sedangkan ayat "ma ajmala an-nujuma" bermakna "alangkah indahnya bintang itu" ajmalu dan ajmala, an-nujumi dan an-nujuma