Isnin, 25 Julai 2011

Tanda-tanda Fi'il / Kata Kerja / Verb

Di dalam bahasa arab kalimat Fi'il / Kata kerja dapat dibezakan dengan Isim dan Harf dengan beberapa tanda :

1- تاء الفاعل  (huruf  TA yg terdapat di hujung Fi'il Madhi / Past Tense) iaitu huruf (Ta) yang berfungsi sebagai Fa'il / Actor / Pelaku dalam tasrif Fi'il Madhi.

Seperti :  فعلـــتُ  فعلـــتَ فعلـــتِ فعلـــتُما فعلـــتُم فعلـــتُنّ .



Fa'al_(Tu) : telah membuat_Saya , Fa'al_(Ta) : telah membuat_Engkau (lk) , Fa'al_(Ti) : telah membuat_Engkau (pr) , Fa'al_Tuma : telah membuat_Kamu berdua (lk atau pr) , Fa'al_Tum : telah membuat_Kamu (ramai lk) , Fa'al_Tunna : telah membuat_Kamu (ramai pr) .
http://www.emocutez.com
Catatan:

1. Jika telah difahami bahawa ( ت ) itu adalah tanda bagi fi'il, maka dilarang sama sekali menggunakannya untuk isim, seperti كتابُــتَ  (KitabuTa),  untuk mengatakan (kitab engkau), sebab kalimat  Kitab adalah isim, sedangkan Ta adalah tanda khas bagi Fi'il.

2. Bagi yang boleh mengi'erab (menghuraikan kalimat sesuai dengan fungsi masing-masing) maka , فـَعـَلَ adalah : Fi'il madhi, mabniy 'ala al-sukun, la mahalla lahu min al-i'erab, dan (ت) adalah : dhamir rafa' muttasil, mabni 'ala ... (sesuaikan antara al-dhammi, al-fathi, al-kasri) , fi mahalli rafa' FA'IL.

Bagi yang belum faham mengi'erab  sila bersabar, sebab nanti akan diterangkan lebih lanjut.

2- تاء التأنيث (Ta The Feminine / Ta Taknis)
Iaitu huruf  Ta berbaris sukun / mati yang diletak di hujung Fi'il Madhi sebagai tanda bahawa fi'il / pelaku dalam kes itu adalah muannas / perempuan, seperti : فعـلَـتْ .

Atau Ta dan Alif sebagai tanda bahawa fa'il / pelaku adalah dua orang perempuan, seperti : فعَـلَـَـتـَـا .

Dalam contoh فاطمة ذهبتْ 
فاطمة : Mubtada'/Subjek,
ذهبتْ : fi'il madhi, mabni 'ala al-fathi.
Fa'il/pelaku : dhamir mustatir iaitu ( هي )
Jumlah fi'il dan fa'il adalah : khabar/predikat untuk Fatimah

Ingat, Ta Taknis itu bukan fa'il, ia hanya tanda muannas sahaja.

3- ياء الفاعل (Ya Actor / The Doer of The Verb)
Iaitu huruf  يْ (huruf ya) yang berbaris sukun / mati terletak di hujung Fi'il Amar yang berfungsi sebagai fa'il / pelaku, seperti :
يا فاطمة اجلـسِـيْ

Atau (huruf ya) yang terletak di akhir fi'il mudhari'e yang juga berfungsi sebagai fa'il / pelaku, seperti :  أنتِ تجلـسـِـين .

4- نون التوكيد (Emphasis) iaitu huruf Nun diletakkan di hujung Fi'il Amar atau Mudhari'e yang berfungsi sebagai penegasan dan biasa diterjemah dengan (sungguh) , seperti : اذهـبــنْ atau يذهـبــنَّ .

Tiada ulasan: