Jumaat, 29 Julai 2011

Fi'il Madhi

Di dalam Bahasa Arab, al-Fi'il / Kata Kerja / Verb di samping ia menunjukkan makna perbuatan, ia juga mengandungi makna Zaman atau masa / tense secara gramatical. Hal itu berbeza dengan Bahasa Melayu kita yang Kata Kerjanya tidak menunjukkan masa secara gramatical, tetapi dengan laxical, iaitu dengan menambah kalimat  masa secara bersendirian, seperti: setelah/sesudah, sedang dan akan.



Jika dilihat dari sudut MASA atau TENSE, maka Fi'il terbahagi kepada 3 bahagian :
1- الفعل الماضي
2- الفعل المضارع
3-فعل الأمر

الفعل الماضي Fi'il Madhi atau Kata Kerja Masa Lalu atau Verb Past Tense.

1. Fi'il  Madhi ialah satu bentuk kata kerja yang telahpun berlaku pada masa sebelum pernyataan itu diungkapkan. Contoh : شربَ عمرُ العسلَ Umar telah minum madu itu, Omar drank the honey.

2. Fi'il Madhi menerima tanda-tanda berikut:

i. تاء الفاعل Ta Fa'il (yang berbaris fatah, dhammah atau kasrah)
Ta tersebut diletak di belakang fi'il dan berfungsi sebagai Fa'il / Pelaku Perbuatan/Kes, seperti :
سافرْتُ إلى يابان أمسِ Berangkat (saya) ke Jepun semalam.

ii. تاء التأنيث Ta Taknis (Ta berbaris sukun, untuk menunjukkan bahawa pelaku perbuatan itu adalah muannas/perempuan), seperti:
سافرَتْ الطالبةُ إلى يابان أمسِ   Berangkat Pelajar (pr) itu ke Jepun semalam.

iii. نا الفاعلين  Na Fa'il (Nun Alif, yang menunjukkan fa'il/pelaku adalah Kami/Kita), seperti:
سافرْنا إلى يابان أمسِ Berangkat (kami) ke Jepun semalam.

3. Fi'il Madhi sentiasa Mabni (baris akhir kekal) sama ada dalam bentuk :

i. Sukun, jika bersambung dengan تاء الفاعل atau نا الفاعلين ، seperti:  جلــسْــتَ تِ تُ تُما تُنَّ تُمْ نَا , mesti berbaris sukun, sebab semua kata ganti tersebut berbaris, bukan sukun, lagipun orang Arab tidak suka ada 4 huruf berbaris dalam satu kalimat, mungkin mereka tidak mahu menyerupai bahasa Jepun seperti (kapalarata) iaitu orang yang tidak mempunyai rambut.

ii. Fatah, jika bersambung dengan  تاء الـتأنيث , seperti:
جلسَــتْ جلــسَــتَا , mesti berbaris fatah sebab Ta tersebut telahpun berbaris sukun, di samping untuk menghindar daripada bertemu dua sukun.

iii. Dhammah, jika bersambung dengan  واو الجمع iaitu huruf waw yang menunjukkan bahawa Fa'il/Pelaku pada kes itu adalah ramai, seperti:
المسلمون سافرُوا إلى مكة المكرمة

Sebagai contoh ketiga-tiga fatah, sukun dan dhammah, mari kita lihat contoh Ayat Al-quran berikut ini:
" فأتـَت به قومـها تحملُـه قالُــوا يا مريمَ لقد جئـْـتِ شيــئا فـريا "
lihat أتــَـتْ ، قالـُــوا ، جـئْــتِ baris akhir fi'il madhi adalah fathah, dhammah dan sukun.


Untuk lebih jelas jom kita ke tasrif 14 fi'il madhi:

هو)     فـَـعَــلَ        (هما)     فـَـعَــلَا            (هم)    فـَـعـَـلـُـوا)

هي)     فـَـعـَـلَــتْ     (هما)     فَــعَــلَــتا          (هنّ)    فَــعَــلْــنَ

    أنتَ     فـَـعــلْــتَ      (أنتما)    فـَـعَــلْــتُما        ( أنتم)   فـَـعَــلْــتُم

أنتِ   فـَـعـَـلْــتِ      ( أنتما)   فـَـعـَـلْــتُما        (أنتنّ)   فـَـعـَـلْــتنّ  

أنا       فـَـعـَـلْــتُ                     (نـحــنُ)  فـَـعَــلْــنـا


Perhatikan pada sebutan Fi'il Madhi Sulasi / The Triliteral Verb
 (3 huruf ) pada  dasarnya huruf (fa) dan (lam) adalah berbaris fathah / atas, iaitu Fa 'a La  ( فـَـعَــلَ ) adapun huruf yang setentang dengan huruf a'in ( ع ) kekadang ada fathah, seperti فـتَـح (fa ta ha), ada dhammah, seperti حـسُــن (ha su na) dan ada kasrah, seperti   فــهِــم  (fa hi ma).

Untuk mengetahui baris (huruf a'in ع ) pada setiap kalimat Fi'il Madhi Sulasi (3 huruf) anda dikehendaki merujuk mana-mana kamus yang memaparkan cara membacanya atau dengan memperbanyak membaca buku-buku bahasa Arab yang sedia berbaris lebih-lebih lagi Kitab Al-Quran.

Tiada ulasan: