Di dalam kalimat arab, Isim mempunyai tanda tertentu bagi membezakannya dengan kalimat lain seperti fi'il dan harf / conjunction, maksudnya, jika ada kalimat yang memiliki tanda-tanda tertentu tersebut maka sudah pasti kalimat itu adalah isim, bukan fi'il ataupun harf (huruf). Nah, dalam huraian berikut ini mari kita pelajari tanda-tanda tersebut :
1- Al-Jar.
Keadaan Al-Jar ini disebabkan dua (2) perkara :
1.1. Didahuli oleh harf Al-Jar, dengan memakai tanda :
1.1.1. Baris, iaitu Kasrah (baris bawah) untuk kalimat :
1.1.1.1. Mufrad (tunggal), seperti : ( في البيتِ ) di rumah.
1.1.1.2. Jama' Taksir, (Jama' yang berubah dari struktur mufradnya) seperti : ( في البيوتِ ) di beberpa rumah.
1.1.1.3. Jama' Muannas Salim, (Jamak untuk perempuan dengan menambahkan alif & ta dibelakangnya tanpa ada perubahan dari bentuk mufradnya, seperti : ( للمسلماتِ ) milik/untuk beberapa muslimat.
1.1.2. Huruf, iaitu huruf ( ي ) untuk kalimat :
1.1.2.1 Musanna, (kalimat yang menunjukkan dua orang).
1.1.2.2 Jama' Muzakkar Salim (Jama' untuk lelaki dengan menambahkan huruf waw & nun dibelakang tanpa ada perubahan dari bentuk mufrad, seperti : ( للمسلمين ) milik beberapa muslimin.
1.2. Idhafah (kalimat majmuk) iaitu dua kalimat yang digabung menjadi satu, maka kalimat kedua pada idhafah tersebut mestilah Al-Jar, dengan berbagai tanda, sama seperti kaedah di atas tadi, seperti :
( بيتُ المدرسِ ) , ( بيت المدرسين ).
Kesimpulan :
Jika ada kalimat yang memakai salah satu tanda Al-Jar, maka kalimat itu sudah pasti Isim, begitu juga dengan tanda-tanda berikut di bawah ini.
2. At-Tanwin. (baris dua di depan, atas atau bawah), seperti : مسلمٌ atau مسلماً atau مسلمٍ.
3. Alif & Lam Ma'arifah ( ال ) , yang berfungsi mengubah isim yang umum (indefinite) menjadi khas dan tertentu kepada suatu individu (definite), sama dengan (the) dalam bahasa orang kampung, seperti : الجامعة (The University).
4. Al-Nida' ( النداء ) , iaitu Isim dapat diseru/dipanggil dgn huruf nida' , seperti : يا محمدُ ، يا رجلُ dsb.
5. Al-Isnad ( الإسناد ) , iaitu Isim boleh dan sah berfungsi sebagai مسند dan مسند إليه atau mubtada dan khabar (subjek atau predikat) seperti : الرجلُ وسيمٌ , sedangkan Fi'il hanya boleh sebagai مسند atau khabar sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan