Rabu, 13 Julai 2011

Al-Kalimat Dan Bahagiannya

Al-Kalimat Al-‘Arabiyah / Kalimat Dalam Bahasa Arab
Sebelum membina Al-Kalam / Ayat Lengkap, terlebih dahulu kita mestilah mengetahui hal ehwal kalimat, sebab dengan kalimat-kalimat ini kita dapat membina dan menyusun ayat yang sempurna.
Al-Kalimat ialah suatu lafaz yang memberi makna tertentu bagi setiap satu perkataan.

Kalimat dalam bahasa Arab ada tiga bahagian :
1-      Ism  / Pronoun
2-      Fi’il / Verb
3-      Harf / Conjunction


1.      Ism / Pronoun ialah suatu kalimat yang memberi makna tertentu (secara bersendirian) tanpa menunjukkan  masa (tense), seperti :

1.1. Ism Mutasarrif / Kata Nama yang berubah (baris akhir), seperti :
1.1.1        Ism Jamid / Kata Nama Asal (bukan terbitan), iaitu :
1.1.1.1  Ism Masdar / Kata Asal Fi'il / Gerund.
1.1.1.2  Ism ‘Alam / Kata Nama orang, haiwan, kota dll.
1.1.1.3  Ism Jins / Kata Nama Jenis

1.1.2        Ism Musytaq / Kata Nama Terbitan,  :
1.1.2.1. Ism Fa’il / Kata Nama pembuat
1.1.2.2. Ism Maf’ul / Kata Nama yang kena buat
1.1.2.3. Ism Makan / Kata Nama Tempat
1.1.2.4. Sifat / Kata Sifat
1.1.2.5. Dan Lain-lain.

1.2. Ism Ghair Mutasarrif / Kata Nama yang tidak berubah, seperti :
1.2.1        Ism Dhamir / Kata Ganti Nama
1.2.2        Ism Isyarat / Kata Ganti Tunjuk
1.2.3        Ism Fi’il / Kata Nama seperti fi’il
1.2.4        Ism ‘Adad / Kata Bilangan

2.      Fi’il / Verb ialah suatu kalimat yang memberi makna perbuatan serta menunjukkan masa perbuatan itu dilakukan, samada masa madhi (lalu), masa hadhir (sedang) atau  mustaqbal (akan datang), maka dengan itu fi’il terbahagi kepada tiga bahagian :
2.1. Fi’il Madhi / Past Tense
2.2. Fi’il Mudhari’e / Present Tense dan Future Tense
2.3. Fi’il Amr / Arahan

3.      Harf  / Conjunction ialah suatu kalimat yang memberi makna jika digunakan dengan kalimat Ism atau Fi’il, seperti di, dari, ke, dengan dll, maksudnya Harf tidak memberi makna secara bersendirian.
Contoh :
يلعب أحمد كرة بــرجل لاعب ماهر في ملعب كبير  مسرورا
Ahmad main bola dengan seorang lelaki pemain yang mahir di padang besar dalam keadaan gembira
يلعب   : (2.2) أحمد  : (1.1.1.2)  كرة  : (1.1.1.3) بــــــ  (3) رجل  : (1.1.1.3) لاعب  : (1.1.2.1) ماهر : (1.1.2.4)  في  : (2) ملعب  : (1.1.2.3) كبير  : (1.1.1.4) مسرورا : (1.1.2.2)

2 ulasan:

kAlaM Kudus92 berkata...

salam ustaz... maaf bertanye: ape masalah kalimah ini

حضر موت
مدينة الأسكندرية
عبدالله

ape kesalahan dan masalah pade perkataan ini ustaz... adakah sumenye mamnu3 minas sorof???

Jom Nahu berkata...

ye...waalaikum salam.hadra maut adalh mamnu' min as-sarf sbb murakkab, yg lain tdk mmnu'