Rabu, 6 Julai 2011

Idhafah

Al-Idhafah  (   الإضافة  )
Al-Idhafah ialah “Suatu proses penyambungan / penggabungan satu Ism (isim) kpd Ism yg lain”
Ism pertama ialah Mudhaf (kalimat ism yang disambung), dan Ism kedua ialah Mudhaf Ilaih (kalimat ism yang disambung kepadanya kalimat ism pertama)
Al-Idhafah ada 2 bahagian iaitu :
1-      Al-Idhafah Al-Ma'nawiyah ( الإضافة المعنوية )
2-      Al-Idhafah Al-Lafziyah (  الإضافة اللفظية  )
1-   Al-Idhafah Al-Ma'nawiyah: disebut juga sebagai Idhafah Mahdhah ( الإضافة المحضة), iaitu idhafah haqiqiyah (idhafah sebenar) yg memberi kesan kepada Mudhaf makna tertentu (makna Makrifah atau makna Khusus).
Jika Mudhaf Ilaih adalah Ma'rifah (tertentu  atau definite), maka Mudhaf berubah menjadi Ma'rifah, contoh: kereta + guru (itu) = kereta guru itu (سيارة + الأستاذ ) (kereta menjadi tertentu/definite) kerana guru sudah tertentu / definite dengan ( Alif Lam yang bermakna Itu atau The)
Jika Mudhaf Ilaih Nakirah (tidak tertentu/indefinite) maka ia akan mengubah Mudhaf menjadi khusus (hampir Ma'rifah) , contoh: kereta + guru = kereta guru (سيارة + أستاذ  ) bermakna kereta guru lebih khusus daripada kereta (sahaja), perubahan ini hanya dapat diketahui dengan mempelajarinya karena dia suatu yang abstrak (tidak nampak) sedangkan Al-Idhafah Al-Lafziyah (yang akan diterangkan nanti) perubahannya dapat dilihat secara nyata/konkrit pada lafaznya.

Hukum Mudhaf
Ada beberapa perkara yang wajib dibuang daripada Mudhaf:
1-    (Al) : قيام الليل  (qiyamu al-laili) bukan (القيام الليل)
2-   Tanwin: بابُ خشب  (babu khasyabin) bukan (بابٌ خشب)
3-   Nun Tasniyah: طالبا المعهد   (thalibaa al-maahadi)
      bukan ( طالبان المعهد)
4-   Nun Jama’: مدرسو المعهد  (mudarrisuu al-maahadi)
      bukan (مدرسون المعهد )  
5-  Demikian juga Nun Mulhaq bil mutsanna dan Nun Mulhaq bil jama’ , iaitu huruf pada kalimat yang bukan mutsanna dan bukan jama’ tetapi orang arab memperlakukannya sama seperti mutsanna atau jama’,
contoh : (والدان ) dan ( بنون ), maka ketika idhafah huruf nun tersebut mesti dibuang, seperti : والدا الطالب  dan بنو هاشم

Hukum Mudhaf Ilaih:
Mudhaf Ilaih mestilah majrur, samada dengan menganggap wujud huruf Jar iaitu :     
( لام ) seperti: ( بيت الطلاب ) atau
( من ) seperti ( سوار ذهب ) atau
( في ) seperti ( قيام الليل ) atau
majrur dengan sebab keberadaan Mudhaf itu sendiri (ada khilaf ulama dalam menentukan apa yang membuat Mudhaf Ilaih itu majrur)

Makna Idhafah dari sudut majrur disebabkan menganggap kewujudan huruf Jar di antara mudhaf dan mudhaf ilaih:
1-  Al-Idhafah Al-Lamiyah, iaitu yg mengandungi اللام   yg memberi makna “milik” seperti: Buku Aisyah  ( كتاب عائشة ) maksudnya buku milik Aisyah ( كتاب لــعائشة ),  contoh dalam ayat : “Buku (milik) Aisyah baru” (  كتاب عائشة جديد) ataupun اللام   yg memberi makna “khusus” seperti: Sarang burung (  عشّ طير صغير  ) maksudnya sarang yang dikhaskan untuk burung, dikatakan khusus, sebab burung tidak pernah membeli sarang untuk dimiliki.
2-  Al-Idhafah Al-Bayaniyah yang mengandungi (من   ) jika Mudhaf Ilaih adalah jenis atau sebahagian daripada Mudhaf  seperti: “Gelang emas (سوار ذهب) maknanya “Gelang daripada (jenis) emas, dan seandainya Mudhaf Ilaih dijadikan khabar /predikat, maka maknanya masih tepat, seperti: ( هذا السوار ذهب  ) gelang ini adalah emas.
3-  Al-Idhafah Al-Zarfiyah yang mengandungi ( في  ) jika Mudhaf Ilaih adalah masa atau tempat Mudhaf, seperti: ( قيام الليل  ) maknanya “berdiri (solat) pada malam hari”
      ( قيام في الليل  )



Tiada ulasan: