Sabtu, 9 Julai 2011

Al-Kalam

Al-Kalam / Al-Jumlah / Ayat lengkap ialah merupakan suatu hubungan pengkhabaran/pemberitaan yang menjadi unit bahasa yang bermakna/berfaedah.

Pada asasnya Al-Kalam terdiri daripada Al-'Umdah (العمدة) atau rukun ayat yang tersusun daripada Al-Musnad dan Al-Musnad Ilaih (المسند  و المسند إليه) atau (Subjek dan Predikat).

Namun demikian Al-Kalam juga memerlukan unit lain sebagai pelengkap, dan unit ini dinamakan Al-Fadhlah (الفضلة).


Jadi Al-Kalam terdiri daripada satu unit teras yang dinamakan العمدة dan yang satu unit lagi sebagai unit tambahan/pelengkap yang disebut sebagai الفضلة.

Al-'Umdah العمدة  terdiri daripada :
1) Al-Musnad المسند / Predikat :
    i)  Fi'il
    ii) Khabar

2) Al-Musnad Ilaih  المسند إليه / Subjek :
    i)  Fa'il (jika fi'il ma'alum / active, atau Naib Fai'il jika fi'il majhul / pasif)
    ii) Mubtada'


Manakala Al-Fadhlah terdiri daripada :
1) Mansubat :
    i)    Maf'ul Bih
    ii)   Maf'ul Mutlaq
    iii)  Maf'ul Li Ajlih
    iv)  Maf'ul Ma'ah
    v)   Maf'ul Fih
    vi)  Hal
    vii) Tamyiz

2) Majrurat
   i)  sebab huruf Jar
   ii) sebab Idhafah

3) Al-Tawabi'
   i)   Na'at
   ii)  Taukid,
   iii) 'Athaf
   iv) Badal

Contoh :
1- يقرأ الطالب
    يقرأ     : fi'il mudhari'e sebagai مسند
    الطالب : fa'il sebagai مسند إليه

2- هذا مهندس
     هذا      : mubtada' sebagai مسند إليه
     مهندس : khabar sebagai مسند

3- سافر الحجاج إلى المدينة
    سافر الحجاج : sebagai عمدة الكلام
    إلى المدينة     : sebagai فضلة الكلام

Nota Tambahan :
1- Semua kalimat / isim yg berfungsi sebagai عمدة hukum i'erabnya adalah MARFU' ,
2- Semua kalimat / isim yang berfungsi sebagai فضلة hukum i'erabnya adalah MANSUB kecuali majrur.

4 ulasan:

Qatrunnada berkata...

Assalamualikum ustaz...sy ingin bertnye,, kalam dr istilah ulama..
___هو لفظ مركب مفيد
sy tak dpt yg last tu us... dn btul tak ta'rif tu us.. sekian dr sy yg bertnye.. syukran.. (^_^)

Jom Nahu berkata...

yg terakhir ialah بالوضع : ada 2 tafsir utk itu : 1- بالقصد maknanya yang disengaja, jd cakap org tidur bukan al-kalam sbb dia tdk sengaja. 2.العربي maknanya bahasa arab, jadi bukan al-kalam jika ia bukan bahasa arab, seperti turki dll (menurut fahaman org Nahu) wallahu a'alam syukran

Qatrunnada berkata...

afham.. syukran ustaz... (^_^)

Tanpa Nama berkata...

smoga ilmu ini bermanfaat utk diri ku......
yang dalam ni sume nye basic al-kalam kew ya ustaz.....?
kalo begitu kene menguasainye basic bru dapat keseluruhan....