Jumaat, 29 Julai 2011

Tanda-tanda Huruf

حروف المعاني Huruf-huruf yang mempunyai makna.

Huruf yang dimaksud di sini bukanlah huruf hijaiyah atau the alphabet (ejaan alif ba ta dll), tetapi ia adalah suatu kalimat yang mempunyai makna  jika diiringi dengan Isim atau Fi'il, dan  ia mempunyai fungsi tersendiri  di dalam pembinaan ayat.



Huruf sangat berbeza dengan Isim dan Fi'il, sebab ia sama sekali tidak memakai tanda kedua-duanya, di samping itu huruf juga tidak mempunyai makna yang dapat difahami jika tidak bersama isim atau fi'il, seperti  مِن dan إلى (dari dan ke), maknanya akan jelas jika bersama kalimat lain, seperti  مِن البيتِ dan  إلى البيتِ (ke rumah) atau (dari rumah).

Huruf terbahagi kepada dua bahagian (dari sudut kekhususannya):
1. Khusus.

1.1 Khusus untuk Isim (Nouns).

i.   Istisna' / Exceptive (Kecuali) : إلا cotoh:  لا يصلُ أحد إلا عمر
ii.  Tarajji (Harapan) : لعلَّى contoh : لعلى الطالب يصل بعد قليل 
iii. Qasam (Sumpah) : وَ contoh : واللهِ
iv. Nida' (Seru) : يا contoh: يا رجلُ
v.  Nudbah (Sedih atau sakit) : وا ، contoh : وا ظهراه ,
vi. Huruf Jar (The Prepositions) dan lain-lain sebagainya

1.2 Khusus untuk Fi'il (Verbs).

i.   Amar / Imperative (Perintah) : لِــ ، contoh ليذهبْ
ii.  Istiqbal (Akan) : سـَ ، سوف ، contoh : سيذهبُ ، سوف يذهبُ
iii. Masdari / Verbal Noun (Masdar) : أنْ ، contoh : 
محمد يريد أن يذهبَ
iv. Nahyi (Larangan) : لا ، contoh : لا تذهبْ
v.  Syarat / Conditional : إنْ  contoh :إن تذهبْ أذهبْ  dan lain-lain.

2. Tidak Khusus, iaitu boleh digunakan untuk Isim dan juga Fi'il.

i.   'Ataf : وَ (Dan) ، contoh: ذهب ورجع محمد وزيد
ii.  Nafy : لا (Tidak) ، لا يذهبُ عمر ولا زيدٌ
iii. Istifham / Interrogative : أَ atau هل (adakah) ، contoh:
 هل جاء زيدٌ dan هل محمد ناجح.dan lain-lain

1 ulasan:

mak siti berkata...

Assalamualaikum ustaz;
ummi nak tau keterengan tentang NUDBAH. yg itu x pernah dgr.mungkin ustaz bolih postkan kat wall 'jom nahu'. terima kasih.